Kelas Membuat Kad Ucapan Hari Raya

17 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

16 Jun 2019 – Di atas permintaan beberapa orang pelajar, PI Linggi sekali lagi telah mengadakan Kelas Membuat Kad Ucapan. Tetapi kali ini, kad ucapan dibuat bersempena dengan Hari Bapa yang disambut pada 16 Jun setiap tahun. Kelas ini diadakan pada jam 10 pagi hingga ke jam 12 tengahari dan dihadiri oleh 4 orang pelajar.

Pelajar diajak meneroka laman web photo editor, reka grafik dan template yang menarik untuk membuat kad ucapan. Antara yang diteroka ialah, Canva, Crello & Greetings Island.
Peserta kemudiannya diajar menggunakan fitur-fitur yang terdapat di laman web tersebut. Kad-kad itu kemudian dimuat turun, dicetak dan diberikan kepada peserta untuk dikirimkan kepada sesiapa yang mereka tujukan.

Selain itu, peserta turut diajar cara untuk melayari dan meneroka laman web untuk mendapatkan opensource website yang mudah dan berguna untuk pembelajaran mereka. Antara tips yang diajar adalah mencari menggunakan kata kunci jenis laman web yang dicari seperti PERCUMA/ FREE, online generator, photo editor dan sebagainya.

Peserta ditunjukkan contoh-contoh laman web yang bermanfaat dan cara untuk menggunakannya, seperti :
i) tanzil.net : Mengaji Al-Quran
ii) www.ejawi.net : Menukar teks rumi ke jawi
iii) www.remove.bg : Membuang background image lebih mudah dan pantas
iv) quickdraw.withgoogle.com : Melukis dengan google
v) www.autodraw.com : Melukis
vi) photos.icons8.com : Mencipta stock photo

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali